AYAT-AYAT PENYEMBUH
Ayat-ayat syifa ini dikenali sebagai ayat penyembuh penyakit. Macam
mana dapatnya ayat-ayat syifa ini?
Syeikh Imam Abilqasim Al-Qusyairi menerangkan; suatu ketika anaknya
sakit sehingga beliau berputus asa mencari penawarnya. Pada suatu hari, beliau
bermimpi bertemu Rasulullah S.A.W, lalu bertanyakan ubat bagi penyakit anaknya
itu.
Rasulullah S.A.W berkata: “Apakah engkau tidak mengetahui ayat-ayat
syifa?”. Tatkala itu, Syeikh Imam Abilqasim bangun dari tidur & dibukanya
Al-Quran. Memang terdapat 6 ayat-ayat syifa & beliau segera menulisnya di
atas kertas, kemudian dilunturkan ke dalam air.
Air itu diberinya minum kepada anaknya yang sedang sakit. Tidak
lama kemudian, penyakit anaknya beransur sembuh.
Surah Yunus – ayat 57 :
Ertinya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu
Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi
penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga
menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi
orang-orang yang beriman.
Surah An Nahl – ayat
69 :
Ertinya: Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan
buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu
yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari
dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar
bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian
itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu
berfikir.
Surah Al Isra’a –
ayat 82 :
Ertinya:
Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang
menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan
(sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan
keingkaran mereka) melainkan kerugian jua
Surah Asy Syu’araa’
– ayat 80 :
Ertinya: “Dan
apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;
Surah Fussilat –
ayat 44 :
Ertinya : Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam
bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: “Mengapa tidak dijelaskan
ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa
asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?” Katakanlah (wahai
Muhammad): “Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi
orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman,
(AL-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka
(bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan)
mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu – (dengan perbuatan melarikan
diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari
tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat
dengan nyata)”.
Surah At Taubah –
ayat 14 :
Ertinya: Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka
dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta
menolong kamu menewaskan mereka, dan Ia akan memuaskan hati orang-orang yang
beriman.
Jikalau anak meragam atau kembung perut, baca ayat-ayat syifa ini
& hembuskan ke dalam air. Kemudian, bagi mereka minum & sapukan pada
muka serta badan mereka sambil membaca Ya Syafi (Yang Maha Menyembuh) sebanyak
boleh. InsyaAllah, anak akan menjadi tenang.
Semua penyakit yang
Allah jadikan di dunia ini ada penawarnya didalam Al-Quran.
No comments:
Post a Comment