Monday, July 30, 2007

Prof Emiritus Datuk Dr.Khoo Kay Kim

‘Halang ibu bapa ganggu hukuman’-Berita Harian online/ 30 Julai 2007

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran disaran menggubal peraturan menghalang ibu bapa campur tangan jika guru mengambil tindakan disiplin terhadap anak mereka di sekolah.

Tokoh akademik, Prof Emiritus Datuk Dr Khoo Kay Kim, berkata sudah tiba masa peraturan itu diwujudkan kerana kebelakangan ini semakin ramai ibu bapa cenderung ‘mengganggu’ tindakan disiplin dikenakan guru terhadap pelajar, walaupun ia bertujuan mendidik.“Sekarang ibu bapa tidak mahu mengaku anak mereka nakal, sebaliknya melemparkan pelbagai tuduhan kepada guru yang menghukum anak mereka, malah ada yang datang bersemuka dengan guru.
“Jadi campur tangan ibu bapa dalam urusan disiplin pelajar perlu dihalang dan perkara ini hanya boleh dibuat dengan berkesan jika ada undang-undang.“Bagaimanapun, ini bukan bermakna ibu bapa tidak boleh berbuat apa-apa langsung, jika guru bertindak di luar batas, keterlaluan, berunsur penderaan atau jenayah, ibu bapa boleh bertindak mengikut saluran betul termasuk membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau diminta mengulas laporan khas akhbar ini semalam bahawa Kementerian Pelajaran mengkaji kemungkinan mengembalikan kuasa guru dalam mendisiplinkan pelajar, termasuk merotan di khalayak ramai bagi memastikan pendidik dapat menjalankan tanggungjawab itu dengan lebih tegas dan berkesan.Khoo berkata, kerajaan perlu meyakinkan rakyat peraturan itu bukan bermakna kuasa pada sekolah boleh digunakan sewenang-wenangnya tetapi bagi mengawal masalah disiplin di sekolah yang kini semakin teruk.
Sementara itu, Presiden Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Mohamad Ali Hassan, berkata peraturan seumpama itu dapat mengelak guru menjadi mangsa kecaman membuta tuli ibu bapa yang tidak berpuas hati terhadap tindakan disiplin terhadap anak mereka.“Adalah baik ibu bapa dilarang sama sekali daripada bertindak bersendirian dan ‘menyerang’ guru yang menghukum anak mereka tanpa usul periksa,” katanya.Mohamad Ali berkata, cadangan mengembalikan semula kuasa kepada guru untuk mendisiplinkan pelajar dialu-alukan kerana hakikatnya semua guru adalah guru disiplin.

Friday, July 27, 2007

Aku setuju, Prof!

Setiap hari ada-ada saja cerita tentang budak sekolah dan cikgu. Keadaan ini menjadi tanda aras masalah disiplin pelajar di Malaysia sekarang ini semakin kritikal. Jahat sangatkah guru-guru sekarang? Atau, sayang sangatkah ibu bapa pada anak-anak hari ini, sehingga apabila anak-anak berada di sekolah, mereka beranggapan anak-anak sentiasa baik, benar, betul, bertanggungjawab, tidak biadap, suka menolong, pendek kata tidak ada masalah langsung! Mungkinkah ibu bapa sekarang tidak mahu mengakui anak-anak mereka di tahap umur persekolahan itu nakal, apa lagi bermasalah!

Aku bersetuju 110% dengan pendapat Prof Emiritus Datuk Dr.Khoo Kay Kim yang disiarkan Berita Harian hari ini berkenaan dengan perlunya peraturan untuk menghalang campur tangan ibu bapa dalam melaksanakan peraturan di sekolah. Peraturan ini sememangnya perlu untuk melindungi hak guru-guru yang bersungguh-sungguh untuk mendidik pewaris bumi bertuah ini! Peraturan ini juga bukan untuk menidakkan hak pelajar atau ibu bapa mereka!

Aku pasti pihak guru bukannya main redah saja bila menjatuhkan denda kepada pelajar bermasalah. Mesti ada sebabnya! Pasti saja kukuh alasannya! Dalam ratusan malah ribuan pelajar dalam sesebuah sekolah, biasanya memang telah dikenal pasti pelajar-pelajar yang berpotensi menjadi perosak! Adalah mustahil seseorang pelajar tiba-tiba saja dijatuhkan hukuman berat sekiranya itu kesalahan pertama yang dilakukannya! Tapi, aku pun tidak tahu kerana manusia di Malaysia, rambut dah bertukar warna, apa lagi hati dan perasaan yang tidak mungkin dapat diramal atau dibaca.....

Tuesday, July 24, 2007

Teori Burrhus F.Skinner

Burrhus F. Skinner telah membuat suatu teori berkaitan dengan prinsip-prinsip utama pelaziman operan atau tindak balas terhadap sesuatu perlakuan. Dalam teori ini, makhluk hidup mempunyai pilihan untuk berindak balas atau tidak, berasaskan kepada ganjaran yang disediakan.

Teori prinsip-prinsip utama pelaziman operan Skinner terbahagi kepada dua bahagian:

a. peneguhan

Dalam bahagian peneguhan ini pula terbahagi kepada 2 bahagian:

a.i. Peneguhan positif
Dalam peneguhan positif ini, sesuatu mahkluk hidup yang diberikan upah/ ganjaran/ hadiah atau apa sahaja bentuk pengukuhan atas apa sahaja yang dilakukannya akan mengulangi perlakuan atau perbuatan tersebut.

a.ii. Peneguhan negatif
Dalam peneguhan negatif pula, sesuatu makhluk hidup akan mengulangi sesuatu perkara yang boleh mengurangi kesakitan, rasa malu dan apa-apa sahaja jenis perlakuan negatif atau yang sewaktu dengannya. Seorang ibu yang waras tidak akan membiarkan anak kecilnya menangis sepanjang masa. Dia akan sedaya upaya memujuk anaknya supaya berhenti menangis.

b.Denda
Denda adalah tindakan yang diberikan untuk mengurang atau menghapuskan sesuatu perilaku. Denda adalah salah satu bentuk rangsangan yang dijangka boleh mengurang atau terus menghapuskan sesuatu perilaku.
Banyak khabar berita mengenai guru-guru yang mendenda murid-murid di sekolah. Dengan kecanggihan dunia teknologi, ia disebarkan kepada setiap manusia yang peka. Ada juga yang alpa dan tidak ingin tahu langsung.
Kekadang, aku terfikir juga. Tidak ada satu perkara dalam dunia ini berlaku tanpa sebab. Mesti ada sebab dan akibatnya. Menjatuhkan denda bagi seorang guru bukanlah mudah. Banyak siasatan dan pertimbangan yang terpaksa difikirkan. Pun ia tetap terjadi juga. Perlakuan ini perlu diperbetulkan. Perlaksanaan teori F.Skinner! Denda sebagai bentuk rangsangan yang diharap boleh terus menghapuskan perilaku negatif pelajar. Apakah bentuk denda yang boleh memberikan keinsafan agar perilaku yang tidak diingini ini akan terhenti?
Ibu bapa hari ini, bukan lagi seperti ibu bapa 40 tahun yang lalu. Ibu bapa sekarang terpelajar, peka, bijaksana.......pandai, berpengaruh, berkedudukan.......Tapi, kenapa masih ada masalah membuang tuala wanita ke dalam mangkuk tandas? Kenapa masih ada masalah anak-anak tidak menyiapkan kerja rumah? Kenapa masih ada masalah anak-anak kita yang biadap? Kenapa sampai ada anak-anak kita bergaduh sehingga ada yang cedera parah malahan mati? Tidak bernilaikah nyawa seorang manusia hanya kerana kita sudah terpelajar, bijak, peka, pandai, berpengaruh, berkedudukan? Aku pun tidak tahu.
Aku seperti ingin mengembalikan zaman 40 tahun yang lampau. Kalau tidak pun, zaman persekolahan ku 30 tahun yang lalu. Aku dan kawan-kawan sayang cikgu . Kami hormat cikgu. Kami gotong-royong tolong cikgu angkat bekalan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dari jalan besar yang jaraknya 3 batu dari sekolah. Kami jalan kaki. Jalannya pula, jalan denai. Banyak lopak-lopak air lepas hujan. Becak dan kotor. Kami berkaki ayam saja. Kami jinjing beg plastik penuh tin sardin cap ayam. Ada yang jinjing bawang merah dan putih. Busuk baunya. Tapi kami tetap tolong cikgu kami. Cikgu kami pikul beras untuk kami. Emak bapa bergilir-gilir memasak Rancangan Makanan Tambahan untuk kami. Emak bapa cari kayu api untuk memasak. Dulu, mana ada gas.
Cikgu kami bukan tidak pernah marah! Kalau kami salah cikgu marah kami macam singa lapar! Kami duduk diam-diam macam tikus! Kalau mengadu pada emak atau bapa, emak bapa akan tambah lagi! Baik duduk diam-diam. Jadi baik. Jangan ulang lagi kesalahan itu! Itu dulu..... sekarang lain!
Orang dulu, sayang anak supaya dia jadi baik. Orang dulu, percaya cikgu boleh didik anak-anak. Sekarang orang lebih percaya diri-sendiri atau pembantu rumah untuk didik anak-anak. Banyak kali cikgu tak betul. Kalau cikgu memang tak betul, betulkan sajalah. Kalau cikgu buat betul, tapi kata tak betul juga, itulah timbulnya masalah. Apa-apa saja cikgu buat, betul atau tidak betul, semuanya tak betul. Itu yang menyedihkan cikgu. Walau apa pun, niat mesti baik. Hati mesti ikhlas.
Rasanya, kalau aku diberi peluang merotan murid, aku tidak akan merotan sebarangan. Aku tidak akan merotan sesuka hati. Aku tidak akan ketuk kepala budak dengan rotan. Aku tidak akan balun rotan tepat pada jantung murid. Aku tidak akan buat semua itu. Aku akan rotan kalau murid aku buat salah. Sebelum itu, aku akan guna khidmat nasihat terlebih dulu. Beri peluang dua tiga kali. Kalau masalah masih juga berlaku, aku akan rotan dia. Rotan di mana yang dibenarkan. Aku tidak akan cederakan pelajar aku. Aku tidak mahu dia cedera. Apa lagi untuk menghapuskan dia. Oh tidak sekali-kali. Siapalah aku kalau mereka tidak ada! Aku cuma nak dia tahu dia melakukan kesalahan. Jangan ulang lagi!
Tapi, sekarang cikgu tidak dibenarkan merotan murid. Jangan kata rotan, jentik pun tak boleh. Nanti kena saman. Sekarang agaknya cikgu-cikgu perlu lihat saja kalau murid buat salah. Paling-paling pun, kata jangan saja. Kalau murid tidak membuat kerja rumah mesti kata, tak mengapa....Paling-paling pun tulis nota kecil pada penjaga atau ibu bapa...... Leman belum menyiapkan kerja rumah..... Esok kerja rumah tidak siap lagi......Lusa tak siap lagi......Patutkan cikgu biarkan perkara ini berlaku? Kalau peperiksaan, Leman gagal, cikgu yang dipersalahkan....Walhal siapa yang salah? Rumit dan memenatkan!

Tag lagi....

I was tagged by Kak Jie. This Tagging was started by Mr. Idham's blog for the charity. For details please click here.

The meme is about completing at least seventeen out of the following twenty seven sentences........

*These can be copied and pasted to your entry*

1. A person is only as good as ....if they forgives others.

2. Friendship is always ....friends forever

3. To love is to ... forgive. (If we really want to love, we must learn how to forgive)

4. Money makes me..... work hard for it!!

5. I miss ... my school life.

6. My way of saying I care is by ... make sure they have a better life.

7. I try to spread love and happiness by ... love them on my ways.

8. Pick the flowers when….....I need to do so.....

9. To love someone is to....make them happy............

10. Beauty is ...a secret of humans' life.

11. When I was thirteen, what I remember the most was.... I received my first love letter.....heheheheh.

12. When I was twenty one, I relised.... life is not that easy.......

13. I am most happy when ..... everythings is just like what I wished.

14. If I can change one thing, I will change....the world to be a better place for everyone...

15. If smiles were…never be seen among us… then I need to start it over.....

16. Wouldn't it be nice if we could... never under estimated others.

17. If you want to succeed…then you have to .... work hard and be yourself!!!

18. Money is not everything but... we still need it.

19. The most touching moment I have experienced was....my first day to become a mom

20. I smile when.... I have fun.

21. When I am happy, I will make sure everyone realize it!

22. The best thing I did yesterday was.... I gave my children a very big hugs before they went to bed.

23. If I ever write a book, I will give it this title... "Atap nipah, Tiang berlian".

No other bloggers tagged!

Thursday, July 19, 2007

Tag - 6 perkara luar biasa.......

Hari ni, pagi-pagi lagi dah lawat blog Cikgu Sofi. Katanya, dia dah tag Merakemas. La......enam perkara yang luar biasa tentang merakemas...... Aku ingat, tak ada apa yang luarbiasa tentang diri aku! Aku ni, orang biasa-biasa je...... Walau bagaimanapun, aku cuba juga nak senaraikan apa yang luarbiasa tentang diri aku walaupun mungkin tidak luar biasa bagi anda........

1. Aku paling tak suka mendengar sebarang bunyi apabila bangun tidur. Lebih-lebih lagi bunyi orang bercakap. Aku tidak akan menjawab kalau sesiapa bertanya, kalau aku baru bangun tidur......

2. Aku tidak makan makanan ringan. Masa aku kecil dulu, makanan ringan hanya berharga 10 sen sebungkus! Bagi aku, 10 sen sangat besar nilainya. Cikgu aku dulu kata, makanan ringan tidak elok untuk kesihatan. Jadi, aku berusaha untuk tidak membeli makanan ringan walaupun harganya hanya 10 sen sebungkus. Sampai sekarang, aku tidak pernah berkeinginan makan makanan ringan!

3. Aku tidak suka hidup di bandar. Walaupun aku berpeluang hidup di kota-kota besar, aku tidak pernah rasa selesa! Aku tetap gembira dan bahagia kalau dapat tinggal di kampung. Akibatnya, aku rasa cukup terseksa apabila terpaksa tinggal di kotaraya besar........... Aku nak balik kampung aku!

4. Aku tidak suka pergi shopping. Memang luar biasa kalau seorang perempuan tidak suka pergi membeli-belah. Lebih-lebih lagi jika anda tinggal di kotaraya New York! Aku akan rasa mual dan pening kepala apabila berada di celah-celah barangan yang dijual. Kalau korang datang New York, jangan ajak aku pergi shopping. Tak nak! Aku boleh beli map aje. Ko pergi le sendiri!

5. Aku tak suka pergi rumah orang. Kalau aku pergi rumah orang atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, aku akan pulang sebaik saja urusan selesai. Tapi, korang leh duduk rumah aku lama-lama pun tak apa, asalkan rajin ke dapur dan buat macam rumah sendiri.......Boleh gak aku cuti rehat.

6. Aku tak boleh hidup tanpa nasi. Pernah orang ketawakan aku sebab bawa bekal nasi ke tempat orang main bowling! Aku memang tak boleh hidup tanpa nasi! Kentang goreng dan burger, sebagai snack, tak apa tapi bukan hidangan utama.......

Itu saja le perkara-perkara yang aku rasa agak luar biasa mengenai diri aku. Sebagai syarat tentang tag ni, berikut ialah orang yang agak malang sebab terkena tag aku.............

a. Matju2509
b. Umie
c. Kak Jie
d. Kak Long
e. Acai
f. Aria Ayumi


Apam balik

Sehari sebelum itu......
Kak Za: Me.... ada apa-apa program tak esok?
Me: Setakat ni, tak ada lagi le Kak. Kenapa?
Kak Za: Ha....elok sangatlah tu....esok gi rumah Kak Za......
Me: Buat apa kak?
Kak Za: La.....kan Me nak belajar buat Apam balik.....esok datang le dalam jam 12 tengahari.
Me: Siapa lagi datang kak?
Kak Za: As.... Kita buat lepas makan tengahari. Bawa le anak-anak sekali........
Me: Ok Kak.....terima kasih banyak-banyak.

Dalam hati berbunga-bunga......nak makan free esok.....dapatlah cuti rehat tengahari esok. Sekurang-kurangnya cuti cuci kuali. Tapi, yang tak seronoknya kena pergi rumah Kak Za pula. Entah apa yang tak betulnya, aku memang tak suka pergi rumah orang! Sejak dari dulu-dulu lagi. Tak apa le....pergi sekejap aje.....lagi pun aku kena belajar untuk rasa senang bila menyusahkan orang. Heheheheh.

Hari itu.....
Ding-dong!
Me: Hai Fan.... (Fan, anak As, tersengeh menampakkan giginya yang baru tumbuh)
Me: Apa khabar kak? Ni ada tepung dan susu sikit. Kak Za mana?
Kak PR: O... ada kat dalam. Masuk le.... (Tersengeh Kak PR sambil membetulkan tudungnya.)

Anak-anak dah duduk atas set tempat duduk depan yang pastinya dibawa dari Bahrin. Cantiknya lampu Aladdin yang tersusun depan cermin besar ala-ala pintu tu!

Me: Hai Kak Za. Dah lama sampai As?
Sesambil tu salam-salam. Ni yang suka kalau pergi rumah orang kita. Mesti kena jamu macam-macam. Sebelum makan nasi, kita makan pau inti kaya dulu. Alamak.....sedapnya! Dahlah lama tak jumpa pau macam ni.

Me: Kalau inti kacang hitam lagi sedap 'kan As...... (Dengan rasa tidak malunya, pandai-pandai aku buat keterangan macam tu......Memang tak patut! Baik tak kena cili! Tak boleh duduk diam-diam ke?)
Kak Za: Lepas makan akak tunjuk le buat apam balik tu ye......

Masa makan tengahari tu, Kak Za jamu kita macam-macam, ada ayam, ketam bakar, entah apa-apa lagi.......Sampaikan mata mengantuk kekenyangan!

Resepi Apam Balik Kak Za.
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 sudu makan (rata) baking powder
1 sudu makan bikarbonat of soda
1 cawan susu segar/ fresh milk
2 biji telur
1 1/2 cawan air
1 sudu teh garam
Intinya:
Kacang goreng yang ditumbuk kasar
gula halus
jagung krim dalam tin

Cara-cara membuatnya:
Ayak tepung dalam bekas adunan
Masukkan susu, air, telur, dan semua bahan yang lain.
Gaul rata dan blendkan sehingga sebati dan tidak berketul.
Perapkan sekurang-kurangnya 2 jam. Lagi lama lagi elok. (over night) dalam peti sejuk.
(Kak Za dah buat adunan siap-siap untuk demo memasak.)
Panaskan acuan. Kita tak ada acuan, gunakan non stick pan je le...
Saiz dalam 8in.....lagi kecil lagi comel.....
Sapu dengan sedikit butter
masukkan 2 senduk adunan.
Lenggangkan acuan untuk membentuk tebing kuih
Kalau dah nampak lubang pada kuih, taburkan gula.
Masukkan kacang tanah dan jagung.
Lipat, angkat dan hidangkan.
p/s Kak Za dah buat adunan siap-siap untuk demo memasak. Cara membuat adunan tu pula, Me bawa balik rumah........Kalau malas nak buat, beli je kat pasar malam......

Pagi tadi:
Me: Nanti bila balik Malaysia saya nak jual apam le....
Hubby: Ye....
Me: Ye le....kenapa?
Hubby: Hujung minggu boleh lah jual. Kalau cam tu, tak de le pergi jalan-jalan.
Me: Kenapa pula?
Hubby: Sibuk jual apam balik......
Me: O......
Me: Bawa le sikit pergi office.
Hubby: Sikit je mana cukup.
Me: Nanti saya potong-potong le.....
Hubby: Ok..... sedap ni.....
Hehehehehehhe......................walhal aku tukang masuk dalam kuali je pagi tadi. Tu bancuhan apam balik Kak Za yang aku tapau dari rumah dia semalam........syyyyyyy! Biarlah rahsia.....

Wednesday, July 18, 2007

Sakit

Sejak akhir-akhir ni, banyak penyakit yang bertandang. Tiba-tiba saja. Tak pernah mimpi pun kalau segala penyakit ini akan duduk menjadi sebahagian dari kehidupan ini. Mula-mula sampai di sini dulu, aku sihat sejahtera je......Tak pernah sekali pun aku cuti sakit. Apakah yang menyebabkan semua ini? Adakah kerana aku tidak sesuai dengan habitat baru ini, atau adakah ini tanda-tanda bahawa aku semakin dimamah waktu......oh tidak.......!

Pertengahan tahun lepas, aku mula rasa sakit perut. Sebelah kanan. Rasanya bahagian usus besar. Doktor kata aku kena gastrik. Aku minum susu hari-hari. Semua mesti maklum, susu ni, untuk menggalakkan pertumbuhan kanak-kanak. Aku pun bertumbuh juga....tumbuh lemak....Aku pasti, dalam sedikit masa lagi, aku bakal menjadi sebahagian generasi 3G! Takutnya........Nak pergi jogging, aku bukannya rajin sangat. Aku lebih suka tidur, melayari drama-drama melayu di Youtube.com dan aktiviti aku yang paling top buat masa ini ialah, menjadi tetamu tidak diundang para blogger.

Mungkin disebabkan duduk terlalu lama mengadap komputer, aku jadi sakit pinggang pula. Bertambah lagi satu penyakit. Lama-lama, kalau aku tidak mengubah cara hidup aku ni, aku pasti hidup aku ni akan dipenuhi penyakit yang berbagai tajuk! Sebelum terlambat, apakah yang harus aku lakukan? Bersenam? Diet? Berhenti menonton drama Melayu di youtube.com? Berhenti berblog? Apa yang paling penting, aku wajib kembali ke Malaysia untuk memulihkan kehidupan ku! Aku nak balik Malaysia....Aku nak balik Malaysia....Aku tak mahu sambung cuti......Aku cuti, gaji aku tak jalan.....Aku cuti aku ketinggalan....Aku cuti aku tak ada gaji.....Sebab aku cuti tanpa gaji........bukan tiga hari....dah lebih tiga tahun........aku nak balik Malaysia.........!

Thursday, July 12, 2007

Coney Island

Bersama teman-teman seMalaysia, Jumaat, 6 Julai 2007, kita ramai-ramai angkut semua anak-pinak pergi ke Coney Island. Ia terletak dalam daerah Brooklyn, satu daerah yang telah dinobatkan sebagai tempat yang menggerikan suatu masa dahulu.

Train F, menyusuri laluan bawah tanah yang menjadi nadi utama masyarakat di sekitar kota batu ini. Di pintu masuk aquarium, sahabat-handai telah lama menunggu. Buru-buru membeli tiket untuk menjamu mata dalam bangunan aquarium.

Kali pertama melihat belangkas hidup! Kalau dulu, orang-orang tua kata, seperti belangkas, maknanya kita sentiasa berkepit tak kira waktu. Benarkah belangkas ini harus hidup berdua sepanjang masa? Lupa pula nak tanya......tapi, dalam aquarium yang mereka sediakan tu, memang hanya ada dua ekor belangkas.

Selepas saja berkenalan dengan segala hidupan air yang entah berapa ekor jumlahnya itu, kami duduk di sebuah kolam terbuka, menyaksikan pertunjukan anjing laut. Cantik dan menarik. Bukan anjing laut itu yang cantik, tapi juru latihnya.
Setelah segalanya selesai, barulah kami pergi ke pantai yang terletak kira-kira 100 meter dari pintu gerbang aquarium. Anak-anak mandi di lautan Lautan Pasifik banyak bezanya mandi di Laut Cina Selatan. Di sini, pantainya dipenuhi dengan manusia yang bergolek di atas pasir 85% tanpa seurat benang.......Ala-ala ikan masin yang dijemur Pak Leman di pelantaran.......Pak guard pula siap-siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan......

Di laut Cina Selatan, pantainya cantik, indah, nyaman, bersih, dan tidak ada orang yang tega mempamirkan susuk tubuh walau cantik macam mana sekali pun. Pepohon ru yang menghijau tidak memenatkan mata memandang. Lambaian dedaun kelapa, tidak pernah lupa mengamit kerindunan yang berpanjangan. Huh.....rindunya....rindu yang amat sangat......Aku nak balik, aku nak balik.....aku nak mandi di Laut Cina Selatan...........

Musim Panas yang panas

Bowling di Virginia

Sarapan pagi di Maryland.....nasi lemak bungkus

Hari ni, baru ada kesempatan untuk melakarkan sedikit perjalanan hidup musim panas di bumi asing ini. Terik mentari kekadang meranapkan semangat untuk melangkah keluar dari keenakan rumah yang bagaikan sarang burung ini.......nun tinggi walaupun belum layak mencakar langit.

Perjalanan pertama bermula jam 4.30 pagi, 30 Jun, sewaktu ramai penghuni kota batu ini sedang diulit mimpi. Washington, kota nadi Amerika menjadi destinasi pertama. Bersama suami dan anak-anak, meredah dingin subuh yang kering menuju tempat berkumpul. Rakan- taulan sudah lama menunggu. Bas yang disediakan khas juga sudah berada di situ. Masing-masing sibuk melayan kerenah ahli keluarga. Anak-anak kecil, masih diulit mimpi walaupun matahari sudah garang menampakkan cahayanya.

Lebih kurang jam 5.00 pagi, tayar bas mula bergolek. Masing-masing melayan diri. Barangkali mata masih lagi merindukan tidur yang lena. Singgah sebentar di Maryland untuk menikmati nasi lemak sebagai sarapan pagi dan perjalanan diteruskan sehingga sampai di Virginia. Teman-teman di Washington sudah menunggu di hadapan pintu American bowling. Penat juga duduk 5 jam dalam bas.

Acara pertama, bergambar beramai-ramai buat kenangan. Perlawanan bowling bermula seperti mana yang telah dirancang. Bermain bukan untuk menang tetapi sekadar untuk menggolekkan bola berat tiga lubang itu. Sesambil tu, berkenal mesra tetapi kepuasan tetap ada kiranya kesemua pin bowling itu jatuh tertiarap. Tersipu-sipu pula jika bola berat tiga lubang itu berjalan lurus melalui parit kiri atau kanan.

Kira-kira jam 3.00 pm, semuanya selesai. Seperti mana yang telah dijangka dari awal, lebih banyak pin tegak berdiri daripada pin yang tertiarap. Jam 6.00 pm, majlis makan malam diadakan di kedutaan Malaysia, Washington. Sedapnya hidangan makan malam, malam itu! Kambing kuzi, Kari ikan, sambal belacan......semuanya menyelerakan. Di tambah dengan teh tarik yang jarang-jarang ditemui sejak tahun-tahun terakhir hidup di bumi orang ini! Jam 10 malam, kami berangkat pulang ke kota batu yang panas dan memenatkan ini. Sampai di apartment, waktu sudah menunjukkan tepat jam 2.00 pagi. Sempat juga mandi dan terus menyambung mimpi semalam yang belum lagi selesai.

Wednesday, July 11, 2007

Khabar entri

Memang dah lama tak post apa-apa. Sibuk nak tukar layout baru. Puas le cari merata tempat. Dapatlah juga layout seperti mana yang ada sekarang. Itu pun memakan masa berhari-hari lamanya. Sebenarnya banyak cerita yang memenuhi setiap inci kehidupan saban hari. Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya Summer break seperti ini. Banyaklah perkara-perkara yang di luar kemahuan diri terpaksa dilakukan.

Thursday, July 5, 2007

letupan

Hari ni baru ada sedikit kesempatan yang tersisa setelah saban hari diulit sibuk yang tiada berkesudahan. Bahang musim panas yang tiba, mengulit rindu yang tidak bertepi. Rindu semakin membuak-buak. Membengkak walaupun tidak busuk dan tidak bernanah. Rindu pada kicauan burung di pagi hari. Rindu pada bunyian cengkerik dan cacing (cacing ada keluarkan bunyi ke?) di sebalik papan reput yang ditinggalkan di sebelah reban ayam. Rindu sungguh. Rindu suasana kehidupanku yang sebenar. Rindu kampung halaman yang nun jauh beratus ribu batu. Yang kiranya lebih adil jika ku ukur dengan 22 jam penerbangan dari bumi Malaysia.

Sering kerinduan yang mengganas, sedikit terungkai apabila teman-teman datang bertandang barang seketika. Riuhnya anak-anak bila terkumpul, mengimbau meriahnya suasana mandi sungai di kampung halaman. Walaupun suasananya berbeza, kemesraan jiwa kampungan tetap ada. Barangkali deburan air sungai yang melewati batu-batu licin dan kukuh, tidak sama dengan muzik dari
Nintendo DS atau blok-blok lego plastik yang tidak pernah mewarnai sepuluh tahun pertama kehidupanku. Tapi, kemesraan itu tetap ada.

9.30 malam, tiba-tiba saja letupan terdengar. Bau asap dan percikan api tiba-tiba saja mengganas. Anak-anak kecil mula menangis. Buru-buru ibu-ibu memeluk anak-anak kecil. Anak-anak yang besar membulatkan mata sambil berlari ke arah tingkap kaca. Tergamam seketika apabila dentuman terdengar lagi, diikuti percikan api yang semakin menggila. Bapa-bapa pula tak habis sudah menumpukankan lensa kamera ke arah percikan api yang semakin galak. Cantik pula rupanya. Pelbagai warna dan rupa. Di pelantaran jalan FDR di sepanjang
sungai Timur manusia berkumpul seawal sebelum senja menjelma. Rintik-rintik hujan bukan satu halangan. Semua harus berada di situ sebelum terlambat. Sebelum percikan api pertama menjengah dada langit. Sebelum dentuman pertama mengegarkan tingginya Empire State Building
.

Apabila letupan dan percikan api itu menjelma lagi, terdengar teriakan dan sorakan manusia yang membanjiri pelantaran jalan FDR sekali lagi. Ah.....meriah sungguh pertunjukan bunga api menandakan entah tahun ke berapa Amerika Syarikat merdeka. kemerdekaan yang telah banyak menumpahkan darah pejuang. Menjadikan isteri seorang balu, menobatkan seorang ibu sebagai ibu tunggal, sang suami kehilangan isteri. anak terpisah dan terbiar..... dan kemerdekaan itu juga telah menobatkan negara red Indian ini sebagai negara yang gah dengan kemajuan dunia.

4 Julai, Amerika Syarikat
Merdeka. 31 Ogos, Malaysia juga Merdeka. Setelah 50 tahun mengharungi suasana merdeka, benarkah kita sudah merdeka? Merdekakah kita jika masih ada kampung halaman yang diterangi malapnya lampu pelita? Merdekakah kita jika masih ada cikgu memikul perahu panjang menongkah arus sungai kerana tiada jalanraya menghubungkan desa di pedalaman dengan dunia luar? Merdekakah kita jika saban hari ada-ada saja cerita warga kita yang ketagih kanabis? Merdekakah kita kalau masih ramai warga kita rela meredah hutan dan dusun, semata-mata berjuang untuk mendapatkan daun ketum buat meleraikan gian? Merdekakah itu namanya? Merdekakah kita jika masih ada di antara kita yang ingin cepat kaya tapi malas berusaha? Merdekakah kita jika hanya tahu iri hati dengan kekayaan orang lain? Merdekakah kita jika masih malas memerah keringat dan minda? Merdekakah kita kalau terus leka? Huhhhhh baik aku berhenti bertanya kerana merdeka itu ada pada diri kita...........hehehehheh. Terima kasih kerana sudi membaca blog Merak. Muuuaaahaaa..... Sayang anda semua! :D

Sunday, July 1, 2007

...Update...

hairan pula aku bila update yang aku buat dalam blog ni tak menjelma....huhuhhuh ni yang aku malas sangat.......nak update.