Wanita Untuk Wanita dari Wanita
Siapa suka jadi perempuan? Tapi, perempuan yang seperti manakah anda? Jangan biarkan anda dilabelkan sebagai perempuan murahan kerana menjadi seorang wanita itu sangat mahal nilainya! Mahal bukan kerana wanita memerlukan barangan yang mahal tetapi nilai kewanitaan itu sendiri menjadikan status wanita itu mahal. Jadi, jangan mahu digelar orang perempuan murahan!
Ada sesetengah orang berkata, mempunyai seorang anak perempuan akan meningkatkan kos sara hidup! Mereka berpendapat begitu kerana secara materialnya, wanita cenderung untuk memiliki barangan yang mahal dan berjenama! Adakah seorang lelaki yang tampil dengan gaya egoistiknya tidak cenderung untuk memiliki barangan berjenama? Di zaman ini, secara materialnya, lelaki dan wanita mempunyai cita-rasa yang serupa walaupun tidak sama! Kenapa tidak pernah kita mendengar masyarakat kita melabelkan seorang lelaki sebagai lelaki murahan? Adakah mereka tidak pernah menjual atau terjual? Kenapa pula ada istilah Gigolo untuk golongan mereka?
Menjadi seorang wanita sememangnya tidak mudah. Wanita tidak lagi boleh hidup bertemankan senyuman dan berperisaikan air mata! Wanita harus hidup berpijak di alam nyata. Harus berani menerima hakikat langit itu biru dan berawan, jika mega bertandang. Bumi itu tidak semestinya berumput hijau kerana belukar dan rimba sudah ditarah untuk suatu pembangunan! Wanita bukan sahaja perlu tahu melembutkan gigi dari lidah (pinjam dari ~Kak Jie~) tetapi juga harus mampu menjunjung langit dan terus berpijak di bumi nyata supaya nilai kewanitaan itu terus tergilap harganya. Selamat hari Wanita. Jagalah dirimu kerana dirimu begitu berharga.......


2 Comments:
- samat ari wanita -
walau terlewat....kakjie nk bgtau
kakjie ttp bangga menjadi wanita
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home