Pagar rumah
Anak siapakah yang memandu Myvi hitam yang telah merodok pagar rumah ku? Khabarnya pagar rumah ku telah dilanggar orang. Seorang remaja lelaki berusia dalam lingkungan belasan tahun memandu Myvi hitam tidak dapat mengawal kereta yang dipandunya, telah menyebabkan kerosakan pada pagar rumah ku! Kenapa dia tidak dapat mengawal keretanya? Terdapat dua sebab! Pertama, dia memandu dalam pengaruh alkohol atau mabuk! Kedua, dia anak muda yang berkemungkinan belum mempunyai kepakaran memandu. Aku letakkan di sini, mungkin belum ada lesen memandu!
Siapakah yang harus dipersalahkan? Aku tidak menyalahkan pagar rumah ku yang berdiri tegak, bisu dan kaku itu. Aku juga tidak menyalahkan kereta hitam Myvi yang merodok pagar rumah ku itu. Apa lagi khabarnya belakang Myvi yang baru dibeli itu mengalami kecederaan parah!
Aku ingin menyalahkan penama-penama berikut:- Pertama, ibu bapa remaja ini atas alasan tidak tahu menjaga anak! Anak yang baru berumur belasan tahun dibiarkan memandu kereta tanpa lesen. Mereka juga membiarkan anaknya yang masih di bawah umur mengambil minuman keras. Ibu bapa yang perihatin sepatutnya berusaha untuk mempastikan anak-anak menjalani cara hidup yang sihat dan sempurna!
Kedua, jiran-tetangga keluarga remaja ini kerana menyediakan minuman keras kepada remaja-remaja bawah umur sehingga boleh menyebabkan kemudaratan kepada orang lain di sekitar kawasan perumahan.
Ketiga, pembuat dan peniaga minuman keras yang hanya tahu mengaut keuntungan! Minuman keras di Sarawak sangat mudah untuk diperolehi. Ia boleh dibeli dengan harga yang begitu murah di gerai-gerai atau kedai runcit! Anak-anak kecil pun boleh membelinya apa tah lagi remaja dan orang dewasa! Di manakah silapnya?
Keempat, penguatkuasa tempatan kerana tidak memantau dengan lebih rapi penjualan samsu haram di kedai-kedai runcit atau permis-permis persendirian! Kurangnya usaha membentras pembuatan dan penjualan bahan larangan ini, menyebabkan ia menjadi suatu ancaman kepada masyarakat di Sarawak terutama sekali golongan muda! Serbuan seharusnya diadakan dari masa ke semasa di kedai-kedai atau premis persendirian yang dikenal pasti menjalankan kegiatan membuat, mengedar atau menjual minuman keras tanpa lesen ini!
Masyarakat setempat juga harus memberi kerjasama yang sepatutnya untuk mengawal kegiatan pengambilan minuman beralkohol di kalangan remaja. Apa yang terjadi sekarang ialah, masyarakat setempat seolah-olah menggalakkan pengambilan minuman beralkohol ini. Jiran-jiran, golongan ibu, kaum bapa, anak-anak, kecil dan besar berkumpul seolah-olah sedang berpesta dengan bau minuman keras mengasak ke lubang hidung, asap rokok berkepul-kepul dan suasana ini lebih parah bila hujung minggu! Diselang-seli dengan nyanyian sumbang dari set karaoke, terhoyong-hayang, terkinja-kinja menari tanpa selari dengan irama! Jiran sebelah-menyebelah yang tidak mahu melibatkan diri, terpaksa mengeluh panjang dengan bunyi yang tidak bisa dihentikan. Siapa yang berani untuk menyergah kalau maki-hamun, dan libasan parang panjang menjadi ancaman?

4 Comments:
thx sbb sudi singgah blog saya.. rajin2 la kesana ye..
siannnn pagar rumah tu ...
Yang benar dan sebenarnya:
KakJie mengaku tidak bersalah!
Sayang anak tak kena tempat, itulah jadinya.
Itulah hakikatnya masyarakat kita hari ini. Kita marah, benci dan sebagainya terhadap kerajaan kita, tetapi lihatlah hakikatnya...budaya hidup anak-anak kita hari ini. "Hidup untuk keseronokan sahaja"...saya guru, dah lihat segalanya, tegur..mak datuk, silap-silap kita yang kena hambur. Pa boleh buat...bila difikirkan, takut untuk merenungi masa depan generasi kita kerana hakikatnya, negara kita dah maju tetapi minda anak-anak kita masih tersepit tiada ada pembaharuan.
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home